Monday, 6 July 2015

MENYINGKAP DISEBALIK NAMA DUSUN TATANA

Tujuan asal saya menulis berkaitan ASAL USUL NAMA DUSUN TATANA adalah membetulkan persepsi orang luar berkaitan asal usul bangsa kita, disamping sebagai penjelasan kepada generasi baru Tatana yang tidak pernah mengetahui kewujudan bahagian Suang Seruang dan Suang Tunan yang dimaksudkan. 

Pada 2002, saya telah terbaca tulisan seorang ahli akedemik berkaitan ASAL USUL NAMA DUSUN TATANA, Artikal beliau berhubung dengan kelahiran suku Dusun Tatana seperti yang telah disiarkan oleh ahkbar popular di negeri ini pada tahun dimaksudkan dianggap kurang tepat, sehingga membawa saya mencari jawapannya.

Penulis itu mendakwa, kononya Dusun Tatana berasal dari tanah dan bukan penghijrahan dari Nunuk Ragang, penulisan atau penemuannya bercanggah daripada cerita sebenar dan tidak sesuai dijadikan rujukan para pelajar IPT berkaitan, untuk membuktikan asal usul khususnya etnik dusun yang menduduki segenap pelusuk negeri ini.

Penulis juga mendakwa, dengan menyatakan asal usul suku Kadazan di daerah Penampang berasal dari Pampang (batu Besar) juga hanya akan mengelirukan generasi muda berhubung asal usul suku mereka.

Kemungkinan penulis keliru berkaitan peristiwa, nama pokok atau nama tempat kerana penyelidikan terdahulu menyatakan kumpulan migrasi dari Nunuk Ragang menamakan komuniti mereka berdasarkan keadaan tempat, nama tumbuhan, situasi yang dialami sepanjang migrasi tersebut atau peristiwa yang dialami di tempat baru.



ASAL USUL NAMA DUSUN TATANA

Wawancara saya bersama Informan Amai, Ajuk John (arimula) telah mengupas cerita silam bagaimana suku Dusun Tatana mendapat namanya. Ajuk merupakan seorang "bobogo dan bobolian" yang amat disegani dan dikenali sebagai pakar rujuk mengenai adat-adat Dusun Tatana. 

Merupakan masyarakat tatana yang paling veteran yang diketahui ketika saya menyelidik asal usul nama dusun tatana pada 2002, Ketika itu beliau berumur 82 tahun dan menatap di kampung Kiambor, Kuala Penyu.

Menceritakan rentetan peristiwa bagaimana suku itu mendapat namanya, kewujudan nama Dusun Tatana berdasarkan satu peristiwa atau perselisihan faham yang berlaku suatu masa dahulu, kisah itu menjadi cerita turun-temurun  dan diceritakan kepadanya oleh generasi terdahulu semasa zaman kanak-kanaknya.

Menurut cerita itu suku dusun di daerah Kuala Penyu juga pada mulanya berpuak-puak dan terbahagi kepada dua kelompok yang dikenali sebagai "orang hulu dan orang hilir". Orang Hulu adalah panggilan bagi mereka yang tinggal dibahagian atas iaitu, Suang Seruang manakala Orang Hilir pula mendiami kawasan Suang Tunan.

Diceritakan satu peristiwa yang membawa kepada perselisihan pendapat antara dua kelompok maka berlaku pertelingkahan berminggu lamanya yang akhirnya membawa kepada peperangan antara mereka. Orang Hulu yang dikatakan lebih ramai dan lebih hebat bertindak nekad menyerang Orang Hilir. Kononya peperangan itu berlarutan sehingga berbulan lamanya. 

Oleh kerana peperangan itu berlarutan sebegitu lama ditambah lagi pahlawan hebat Orang Hulu semakan mara, maka Orang Hilir yang dikatakan lebih suka berteloransi tidak mampu bertahan dan mengambil keputusan untuk mengundur dengan bersembunyi di sebuah lobang bawah tanah untuk menyelamatkan komunitinya. Persembunyian itu telah menyelamatkan mereka dari terus berperang sesama sendiri. (digambarkan lobang bawah tanah itu menyerupai gua tetapi tidak pula diketahui lokasinya -informan).

Walau pun peperangan itu berakhir Orang Hulu secara berterusan berkata, "apabila terjumpa atau terlihat Orang Hilir mereka akan berkata sesama mereka "nah elahi nio nah ulun tana" bermaksud "nah lihat tuna sudah orang tanah", lama-kelamaan Orang Hilir digelar atau dinamakan Tatana.

Selain menyelamatkan dua kelompok itu dari terus bermusuhan sesama sendiri, langkah persembunyian itu juga dilihat secara tidak langsung telah mengwujudkan nama Dusun Tatana itu sendiri dan terus diwarisi dari generasi ke generasi sehingga ke hari ini.

Kedua-dua bahagian yang dinamakan sebagai Suang Tunan dan Suang Seruang itu kekal sehingga ke hari ini dimana masyarakatnya hidup harmoni menikmati kemajuan dan pembangunan bersama sebagai Warga Kuala Penyu

Apapun ceritanya sebagai masyarakat berfikiran aras tinggi rasanya tidak perlu lagi mana-mana pihak berkata atau merasa Suang Tunan dan Suang Seruang sebagai sesuatu yang sensitif untuk diperkatakan kerana suku Tatana itu berada disegenap bahagian Hulu dan Hilir. Perlunya kita berfikir maju bersama sebagai satu komuniti, satu idealogi atas nama Rakyat Kuala Penyu dibawah kepimpinan Adun Kuala Penyu, Yang Berhormat Tuan Limus Jury.

Marilah kita bersatu, melangkah bersama dalam satu identiti suku dusun TATANA.


Nota: rentetan yang saya perolehi melalui wawancara itu menjelaskan kebenaran penyelidik terdahulu bahawa kebanyakan nama suku dusun itu berdasarkan peristiwa yang dialami ditempat baru, suku Dusun Tatana adalah contoh yang jelas..


3 comments:

  1. Haiii... Saya cloudina corlus, salah seorang pelajar IPT. Izinkan saya mengambil tulisan kamu ini sebagai pengisian di dalam tugasan pengajian malaysia sya.. namun ,saya memerlukan nama penulis untuk diletakkan di bahagian rujukan. Boleh ka saya tahu identiti penulis?

    ReplyDelete
  2. Adakah yg digelar suang tunan atau orang hilir itu ialah suku bisaya karukan? Bahasa lebih kurang sama, n mmg bisaya karukan ne byk hubungan keluarga dgn tatana kuala penyu jg, n ada cerita lisan jg kaitan dgn clan2 keluarga di brunei, klu suang tunan ialah ulun bisaya karukan dan suang seruang ialah ulun tatana, maknanya kedua2 suku ne dtg dari kerajaan poni iaitu kerajaan brunei kuno yg mempunyai Kota bernama vijayapura atau Kota Vijaya,iaitu capital city kedua utk empayar srivijaya, kerajaan poni(bukan kerajaan brunei muara)ne dlu ialah srivijaya dgn kota vijaya ialah capital city kedua empayar tu, dan capital city pertama berada di sumatera, kemungkinan besar ulun tatana dan ulun bisaya ne tidak dtg drpd nunuk ragang, ada hipotesisnya jg tu, bisaya-lotud-tatana yg pengkaji barat labelkan sbg proto-dusunic tidak berkaitan dgn group of nunuk ragang, sebaliknya org2 dari nunuk ragang yg berhijrah dari kerajaan poni (brunei kuno/org2 Kota Vijaya) ke arah nunuk ragang dan kemudian menubuhkan kerajaan kuron... Apa2pun, ulun tokou jua bha hehe... Teruskan pengkajian...

    ReplyDelete
  3. saya cynthia pelajar UMS. izinkan saya mengambil tulisan kamu ini untuk dijadikan cerita untuk krja kursus saya.

    ReplyDelete