Suku Dusun dan Kadazan merupakan kaum yang merangkumi satu pertiga daripada jumlah keseluruhan penduduk di negeri Sabah. Dikenali sebagai masyarakat asli negeri ini (orang asal). Suku dusun terdapat dihampir keseluruh pelusuk negeri terutamanya kawasan pedalaman.
Masyarakat ini juga dikenali sebagai kaum kadazandusun, tetapi mungkin lebih tepat lagi kalau saya katakan kini masyarakat ini lebih elok disebut sebagai kaum Kadazandusunmurut (KDM) atau Dusunkadazanmurut, apa pun namanya kita adalah sama sebagai masyarakat atau orang asal negeri ini, yang terdiri dari lebih 30 etnik atau suku kaum. Antaranya suku Lotud,Tuhawon, Tagas, Tobilung, Tibabar, Kohub, Gana, Murut, Rungus, Tindal, Bisaya, Tatana dan sebagainya.
Menurut cerita, mungkin boleh ditakrifkan sebagai lagenda, kononnya suku dusun pada asalnya merupakan satu keluarga besar yang semakin bertambah yang tinggal bersama di satu tempat yang dikenali sebagai "NUNUK RAGANG" yang saya fahami dan gambarkan sebagai pokok ara merah besar. Kawasan ini terletak di Ulu Labuk, tidak jauh dari tempat yang bernama Tempias dalam daerah Ranau.
Disebabkan pertambahan penduduk kawasan itu dikatakan tidak dapat menampung jumlah mereka, keadaan ini mendorong pemimpin-pemimpin kecil dari kalangan mereka mencari penempatan baru atas persetujuaan ketua mereka. Dikisahkan juga mereka meninggalkan Nunuk Ragang secara berperingkat-peringkat dengan setiap kumpulan mempunyai ketua atau pemimpin.
Kesan dari penghijrahan itu maka wujudlah pelbagai suku kaum dan puak seperti yang kita ketahui hari ini, tujuanya adalah untuk membezakan mereka dengan kumpulan yang mencari penempatan baru itu. Senario ini telah membawa kepada kepelbagaian identiti, bahasa dan dialek antara mereka. Selain itu setiap kumpulan juga menamakan suku mereka berdasarkan keadaan tempat, nama tumbuhan ataupun berdasarkan peristiwa yang dialami sepanjang migrasi tersebut dan situasi di tempat baru mereka.
Demikian juga dengan Dusun Tatana yang majoritinya mendiami daerah Kuala Penyu, suku ini juga adalah pecahan puak dusun dari Nunuk Ragang yang berhijrah ke serata tempat di negeri ini bahkan ke Kepulauan Borneo. Fakta telah membuktikan bahawa suku Dusun Tatana ini juga terdapat di Brunei tetapi tidak dapat dipastikan sejak bila masyarakat Dusun Tatana wujud di negara itu.
Antara fakta jelas yang membuktikan kekeluargaan dan asal-usul suku Dusun itu dapat dilihat daripada bahasa yang dipertuturkan dimana hampir keseluruhannya saling memahami sesama. Ringkasnya penghijrahan suku Dusun dari Nunuk Ragang ke segenap pelusuk negeri ini bukan sahaja mewujudkan kepelbagaian etnik, dialek dan keunikan budaya tradisi yang secara langsung telah menarik lebih ramai pelancong dan istimewanya suku Dusun Tatana merupakan antara suku yang memperkayakannya.
Antara fakta jelas yang membuktikan kekeluargaan dan asal-usul suku Dusun itu dapat dilihat daripada bahasa yang dipertuturkan dimana hampir keseluruhannya saling memahami sesama. Ringkasnya penghijrahan suku Dusun dari Nunuk Ragang ke segenap pelusuk negeri ini bukan sahaja mewujudkan kepelbagaian etnik, dialek dan keunikan budaya tradisi yang secara langsung telah menarik lebih ramai pelancong dan istimewanya suku Dusun Tatana merupakan antara suku yang memperkayakannya.
No comments:
Post a Comment