Monday, 6 July 2015

MENYINGKAP DISEBALIK NAMA DUSUN TATANA

Tujuan asal saya menulis berkaitan ASAL USUL NAMA DUSUN TATANA adalah membetulkan persepsi orang luar berkaitan asal usul bangsa kita, disamping sebagai penjelasan kepada generasi baru Tatana yang tidak pernah mengetahui kewujudan bahagian Suang Seruang dan Suang Tunan yang dimaksudkan. 

Pada 2002, saya telah terbaca tulisan seorang ahli akedemik berkaitan ASAL USUL NAMA DUSUN TATANA, Artikal beliau berhubung dengan kelahiran suku Dusun Tatana seperti yang telah disiarkan oleh ahkbar popular di negeri ini pada tahun dimaksudkan dianggap kurang tepat, sehingga membawa saya mencari jawapannya.

Penulis itu mendakwa, kononya Dusun Tatana berasal dari tanah dan bukan penghijrahan dari Nunuk Ragang, penulisan atau penemuannya bercanggah daripada cerita sebenar dan tidak sesuai dijadikan rujukan para pelajar IPT berkaitan, untuk membuktikan asal usul khususnya etnik dusun yang menduduki segenap pelusuk negeri ini.

Penulis juga mendakwa, dengan menyatakan asal usul suku Kadazan di daerah Penampang berasal dari Pampang (batu Besar) juga hanya akan mengelirukan generasi muda berhubung asal usul suku mereka.

Kemungkinan penulis keliru berkaitan peristiwa, nama pokok atau nama tempat kerana penyelidikan terdahulu menyatakan kumpulan migrasi dari Nunuk Ragang menamakan komuniti mereka berdasarkan keadaan tempat, nama tumbuhan, situasi yang dialami sepanjang migrasi tersebut atau peristiwa yang dialami di tempat baru.



ASAL USUL NAMA DUSUN TATANA

Wawancara saya bersama Informan Amai, Ajuk John (arimula) telah mengupas cerita silam bagaimana suku Dusun Tatana mendapat namanya. Ajuk merupakan seorang "bobogo dan bobolian" yang amat disegani dan dikenali sebagai pakar rujuk mengenai adat-adat Dusun Tatana. 

Merupakan masyarakat tatana yang paling veteran yang diketahui ketika saya menyelidik asal usul nama dusun tatana pada 2002, Ketika itu beliau berumur 82 tahun dan menatap di kampung Kiambor, Kuala Penyu.

Menceritakan rentetan peristiwa bagaimana suku itu mendapat namanya, kewujudan nama Dusun Tatana berdasarkan satu peristiwa atau perselisihan faham yang berlaku suatu masa dahulu, kisah itu menjadi cerita turun-temurun  dan diceritakan kepadanya oleh generasi terdahulu semasa zaman kanak-kanaknya.

Menurut cerita itu suku dusun di daerah Kuala Penyu juga pada mulanya berpuak-puak dan terbahagi kepada dua kelompok yang dikenali sebagai "orang hulu dan orang hilir". Orang Hulu adalah panggilan bagi mereka yang tinggal dibahagian atas iaitu, Suang Seruang manakala Orang Hilir pula mendiami kawasan Suang Tunan.

Diceritakan satu peristiwa yang membawa kepada perselisihan pendapat antara dua kelompok maka berlaku pertelingkahan berminggu lamanya yang akhirnya membawa kepada peperangan antara mereka. Orang Hulu yang dikatakan lebih ramai dan lebih hebat bertindak nekad menyerang Orang Hilir. Kononya peperangan itu berlarutan sehingga berbulan lamanya. 

Oleh kerana peperangan itu berlarutan sebegitu lama ditambah lagi pahlawan hebat Orang Hulu semakan mara, maka Orang Hilir yang dikatakan lebih suka berteloransi tidak mampu bertahan dan mengambil keputusan untuk mengundur dengan bersembunyi di sebuah lobang bawah tanah untuk menyelamatkan komunitinya. Persembunyian itu telah menyelamatkan mereka dari terus berperang sesama sendiri. (digambarkan lobang bawah tanah itu menyerupai gua tetapi tidak pula diketahui lokasinya -informan).

Walau pun peperangan itu berakhir Orang Hulu secara berterusan berkata, "apabila terjumpa atau terlihat Orang Hilir mereka akan berkata sesama mereka "nah elahi nio nah ulun tana" bermaksud "nah lihat tuna sudah orang tanah", lama-kelamaan Orang Hilir digelar atau dinamakan Tatana.

Selain menyelamatkan dua kelompok itu dari terus bermusuhan sesama sendiri, langkah persembunyian itu juga dilihat secara tidak langsung telah mengwujudkan nama Dusun Tatana itu sendiri dan terus diwarisi dari generasi ke generasi sehingga ke hari ini.

Kedua-dua bahagian yang dinamakan sebagai Suang Tunan dan Suang Seruang itu kekal sehingga ke hari ini dimana masyarakatnya hidup harmoni menikmati kemajuan dan pembangunan bersama sebagai Warga Kuala Penyu

Apapun ceritanya sebagai masyarakat berfikiran aras tinggi rasanya tidak perlu lagi mana-mana pihak berkata atau merasa Suang Tunan dan Suang Seruang sebagai sesuatu yang sensitif untuk diperkatakan kerana suku Tatana itu berada disegenap bahagian Hulu dan Hilir. Perlunya kita berfikir maju bersama sebagai satu komuniti, satu idealogi atas nama Rakyat Kuala Penyu dibawah kepimpinan Adun Kuala Penyu, Yang Berhormat Tuan Limus Jury.

Marilah kita bersatu, melangkah bersama dalam satu identiti suku dusun TATANA.


Nota: rentetan yang saya perolehi melalui wawancara itu menjelaskan kebenaran penyelidik terdahulu bahawa kebanyakan nama suku dusun itu berdasarkan peristiwa yang dialami ditempat baru, suku Dusun Tatana adalah contoh yang jelas..


Wednesday, 1 July 2015

DUSUN TATANA - KESAN PENGHIJRAHAN DARI NUNUK RAGANG

Suku Dusun dan Kadazan merupakan kaum yang merangkumi satu pertiga daripada jumlah keseluruhan penduduk di negeri Sabah. Dikenali sebagai masyarakat asli negeri ini (orang asal). Suku dusun terdapat dihampir keseluruh pelusuk negeri terutamanya kawasan pedalaman.

Masyarakat ini juga dikenali sebagai kaum kadazandusun, tetapi mungkin lebih tepat lagi kalau saya katakan kini masyarakat ini lebih elok disebut sebagai kaum Kadazandusunmurut (KDM) atau Dusunkadazanmurut, apa pun namanya kita adalah sama sebagai masyarakat atau orang asal negeri ini, yang terdiri dari lebih 30 etnik atau suku kaum. Antaranya suku Lotud,Tuhawon, Tagas, Tobilung, Tibabar, Kohub, Gana, Murut, Rungus, Tindal, Bisaya, Tatana dan sebagainya.

Menurut cerita, mungkin boleh ditakrifkan sebagai lagenda, kononnya suku dusun pada asalnya merupakan satu keluarga besar yang semakin bertambah yang tinggal bersama di satu tempat yang dikenali sebagai "NUNUK RAGANG" yang saya fahami dan gambarkan sebagai pokok ara merah besar. Kawasan ini terletak di Ulu Labuk, tidak jauh dari tempat yang bernama Tempias dalam daerah Ranau.

Disebabkan pertambahan penduduk kawasan itu dikatakan tidak dapat menampung jumlah mereka, keadaan ini mendorong pemimpin-pemimpin kecil dari kalangan mereka mencari penempatan baru atas persetujuaan ketua mereka. Dikisahkan juga mereka meninggalkan Nunuk Ragang secara berperingkat-peringkat dengan setiap kumpulan mempunyai ketua atau pemimpin.

Kesan dari penghijrahan itu maka wujudlah pelbagai suku kaum dan puak seperti yang kita ketahui hari ini, tujuanya adalah untuk membezakan mereka dengan kumpulan yang mencari penempatan baru itu. Senario ini telah membawa kepada kepelbagaian identiti, bahasa dan dialek antara mereka. Selain itu setiap kumpulan juga menamakan suku mereka berdasarkan keadaan tempat, nama tumbuhan ataupun berdasarkan peristiwa yang dialami sepanjang migrasi tersebut dan situasi di tempat baru mereka.

Demikian juga dengan Dusun Tatana yang majoritinya mendiami daerah Kuala Penyu, suku ini juga adalah pecahan puak dusun dari Nunuk Ragang yang berhijrah ke serata tempat di negeri ini bahkan ke Kepulauan Borneo. Fakta telah membuktikan bahawa suku Dusun Tatana ini juga terdapat di Brunei tetapi tidak dapat dipastikan sejak bila masyarakat Dusun Tatana wujud di negara itu.

Antara fakta jelas yang membuktikan kekeluargaan dan asal-usul suku Dusun itu dapat dilihat daripada bahasa yang dipertuturkan dimana hampir keseluruhannya saling memahami sesama. Ringkasnya penghijrahan  suku Dusun dari Nunuk Ragang ke segenap pelusuk negeri ini bukan sahaja mewujudkan kepelbagaian etnik, dialek dan keunikan budaya tradisi yang secara langsung telah menarik lebih ramai pelancong dan istimewanya suku Dusun Tatana merupakan antara suku yang memperkayakannya.


Monday, 29 June 2015

SATU PERKONGSIAN - BENARKAH PESTA BASAL TINGGALAN CATATAN SEJARAH BESAR ADAT DUSUN TATANA

Saudara/Saudari... Saya antara generasi dusun tatana yang tidak pernah mengetahui kewujudan Pesta Basal, sekalipun dikenali sebagai pesta tetapi pada pengamatan saya setelah membaca tulisan saudara Lokman Sunggim dalam blog beliau ianya lebih kepada adat dusun tatana pada ketika itu. Usaha saudara ini telah menambah pengetahuan saya berkaitan adat istiadat dusun tatana. Sesungguhnya kita bertuah, sabah sangat kaya dengan keunikan budaya dan adat khususnya dusun tatana itu sendiri. Tahniah saudara Lokman

RUANG PERKONGSIAN SEJARAH TATANA

Semoga ruang ini menjadi medium alternatif warga tatana dalam perkongsian prihal suku dusun tatana.... Harap sdara/sdri dapat menyumbang pengetahuan berkaitan suku tatana.